| TARIKH | 8 NOVEMBER 2024 (JUMAAT) |
| MASA | 7.00 – 9.30 PAGI |
| LOKASI | SMK SULTAN MUHAMAD SHAH |
| PROGRAM | TAKLIMAT PERKHIDMATAN PINTAR DAN SAFE & SHIELD SERTA SARINGAN KESIHATAN PERCUMA UNTUK GURU-GURU |
| PESERTA | 400 PELAJAR & GURU-GURU |
Taklimat Perkhidmatan Pintar dan Safe & Shield serta Saringan Kesihatan Percuma telah berjaya dianjurkan di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah. Program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi ini melibatkan penyertaan guru-guru, kakitangan, dan pelajar-pelajar sekolah. Taklimat yang disampaikan memberi pendedahan tentang inisiatif digital serta keselamatan siber, manakala sesi saringan kesihatan percuma pula merangkumi pemeriksaan asas seperti tekanan darah, glukosa, dan BMI. Program ini juga mencatatkan keahlian baru seramai 400 orang dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga sekolah.