ASSALAMUALAIKUM/ SALAM SEJAHTERA,
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Parit mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan kemudahan serta perkhidmatan ICT kepada komuniti setempat khususnya di kawasan luar bandar.
Penubuhan NADI ini adalah salah satu usaha bagi merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada komuniti Parit agar setaraf dengan masyarakat di bandar. Antara lain, NADI ini diwujudkan di Parit bagi memberi pendekatan kepada masyarakat mengenai penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian sekaligus dapat memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada komuniti Parit.
OBJEKTIF PENUBUHAN NADI PARIT :
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terhadap teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI NADI PARIT :
- Komputer & Internet
- Fotostat, printing & scanning
- Binding & Laminate
- Menaip Surat
- Urusan Portal Goverment
- Puspakom, Perkeso & SSM
- E-Perolehan (Lesen Kewangan)
- Design Poster, Banner & Resume
LATIHAN YANG DITAWARKAN DI NADI PARIT :
- Kelas Asas Komputer
- Kelas Microsoft Office & Google
- Kursus Pengendalian Makanan
- Kelas Keushawanan (Shoppe & Tiktok)
- Kelas Multimedia (Canva, Photoshop, Adobe Illustrator)
JUMLAH AHLI NADI PARIT :
NADI Parit telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2015. Ramai yang telah mendaftar dengan NADI Parit dan telah menggunakan perkhidmatan dan latihan yang kami berikan.
|
AHLI LAMA |
2236 |
|
AHLI BARU BULAN OKTOBER 2023 |
19 |
| KESELURUHAN PADA 1 NOVEMBER 2023 | 2260 |
KENALI PETUGAS NADI PARIT :
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami;
PENGURUS PENOLONG PENGURUS

NOR ZARINA BT ABDUL RAHMAN INTAN DAYANA BINTI AHMAD SAMSUDIN
TARIKH BERKHIDMAT : 11 MAC 2015 TARIKH BERKHIDMAT : 02 FEBRUARI 2024
LOKASI NADI PARIT :
NO 148, JALAN HAJI WAHAB,
32800 PARIT
PERAK DARUL RIDZUAN
https://goo.gl/maps/5S2ozAUeghd5buJE8

WAKTU OPERASI NADI PARIT :
Dibuka Setiap Hari (kecuali cuti umum)
(9.00 pagi – 6.00 petang)
