| TARIKH | : 17 JUN 2025 (SELASA) |
| MASA | : 10.30 AM – 01.00 PM |
| LOKASI | : SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB |
| PENGLIBATAN | : NADI KLUSTER PERAK TENGAH |
Pada 17 Jun 2025 (Selasa), Pejabat MCMC Negeri Perak dengan kerjasama NADI Kluster Perak Tengah dan pihak pentadbiran SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub telah menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 sekolah tersebut. Program ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan kepentingan keselamatan Internet, termasuk risiko yang wujud, tanggungjawab sebagai pengguna serta kesan jangka panjang dalam penggunaan teknologi digital. Melalui kempen ini, para pelajar bukan sahaja mendapat pengetahuan baharu, malah didorong untuk lebih berwaspada, beretika dan bijak ketika melayari dunia maya.