TINY TECHIES : ROBOTIC INNOVATION S3

Laporan Aktiviti | 26 June 2026
TARIKH: 6 JUN 2026 (SABTU)
MASA: 2.00 PM – 3.00 PM
LOKASI: NADI PARIT
PENGLIBATAN: GURU & PELAJAR PPKI SEK. MEN. SULTAN MUHAMMAD SHAH

Kelas Robotic Innovation telah dilaksanakan khusus untuk pelajar sekolah rendah dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada dunia robotik dan pengaturcaraan. Dalam program ini, NADI Parit turut menjemput pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah bagi memastikan pembelajaran yang inklusif dan menyeluruh. Aktiviti ini diakses melalui platform NADIbook.my secara dalam talian, di mana peserta diperkenalkan kepada asas pengaturcaraan menggunakan Scratch serta asas pemasangan dan kawalan robot secara interaktif dan menyeronokkan. Program ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan keyakinan pelajar dalam bidang STEM di samping mengasah kemahiran berfikir secara kreatif, kritis serta memupuk kerjasama dalam kumpulan.

GAMBAR DI SINI