TINY TECHIES : PHYTON IN ANIMATION S3
| TARIKH | : 6 JUN 2026 (SABTU) |
| MASA | : 4.00 PM – 5.00 PM |
| LOKASI | : NADI PARIT |
| PENGLIBATAN | : PELAJAR SEKOLAH MENENGAH |
Kelas Python in Animation telah dilaksanakan pada 6 Jun 2026 khusus untuk pelajar sekolah menengah dengan tujuan memberi pendedahan kepada asas pengaturcaraan menggunakan bahasa Python dalam penghasilan animasi ringkas. Sepanjang kelas, peserta didedahkan kepada konsep asas seperti pergerakan objek, urutan arahan dan logik animasi melalui aktiviti praktikal yang interaktif dan mudah difahami. Kelas ini dilihat mampu menarik minat pelajar terhadap bidang pengaturcaraan di samping meningkatkan pemahaman mereka secara lebih berkesan. Selain itu, ia juga membantu memupuk kreativiti, pemikiran logik serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar.