| TARIKH | : 17 MEI 2025, SABTU |
| MASA | : 10.00 AM – 12.00 PM |
| LOKASI | : NADI PARIT |
| PENGLIBATAN | : 9 ORANG |
Bengkel SQL anjuran NADI Parit dengan kerjasama Lifelong Learning telah diadakan pada 17 Mei 2025 dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 9 orang pelajar dari Maahad Al Aziz dan SMKA Sultan Azlan Shah telah menyertai sesi ini. Bengkel ini memberi pendedahan awal kepada asas penggunaan SQL dalam pengurusan data, sekaligus meningkatkan literasi digital peserta.