| TARIKH | : 1 OKTOBER 2025 (RABU) |
| MASA | : 9.30 – 11.00 PAGI |
| LOKASI | : NADI PARIT |
| PESERTA | : 8 ORANG PESERTA |
Minggu ini Kelas Mahir Masak di NADI Parit diteruskan lagi dengan pembuatan Red Velvet Soft Cookies yang gebu, lembut dan penuh rasa coklat! Sepanjang sesi, peserta diberi tunjuk ajar tentang teknik adunan yang sempurna, cara membentuk biskut, serta tip kawalan suhu ketuhar bagi memastikan setiap cookies dihasilkan dengan tekstur yang ideal. Hasilnya, setiap peserta berjaya menghasilkan cookies yang cantik dipandang, enak dinikmati, dengan tekstur lembut dan melting marshmallow sedap.