mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PERTANDINGAN INOVASI TINY TECHIES PERINGKAT WILAYAH

NAMAJANTINAUMURBANGSAPROGRAM
DANIAL FATHI BIN AZRUL FAZLILELAKI16MELAYUBOOTCAMP TINY TECHIES & PERTANDINGAN INOVASI
AMAL HAFIY BIN NORDINLELAKI16MELAYUBOOTCAMP TINY TECHIES & PERTANDINGAN INOVASI

LATAR BELAKANG

Peserta Program Tiny Techies NADI Parit, Kategori Sekolah Menengah iaitu Amal Hafiy bin Nordin dan Danial Fathi bin Azrul Fazli dari SMKA Sultan Azlan Shah telah terpilih menyertai Bootcamp Tiny Techies dan turut berjaya mengharumkan nama NADI Parit apabila memenangi Tempat Ketiga Pertandingan Inovasi Tiny Techies 2025 Peringkat Wilayah Utara yang berlangsung di UiTM Permatang Pauh pada 19–21 Ogos 2025.

SEBELUM PENGLIBATAN PROGRAM NADI

  • Kurang pendedahan terhadap pengaturcaraan program (coding).
  • Idea inovasi masih di peringkat asas dan belum diteroka sepenuhnya.
  • Keyakinan diri serta kemahiran teknologi masih terhad.

SELEPAS PENGLIBATAN DENGAN PROGRAM NADI

  • Berjaya membangunkan projek inovasi kreatif berasaskan teknologi.
  • Memenangi Pertandingan Inovasi Tiny Techies 2025 Peringkat Wilayah Utara.
  • Menerima Sijil & Wang Tunai RM500 sebagai penghargaan.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI

  • Asas reka cipta, pengaturcaraan (coding) dan inovasi teknologi.
  • Teknik membangunkan idea dan menyampaikan projek secara berkesan.
  • Nilai kerjasama, kreativiti dan daya fikir kritikal dalam penyelesaian masalah.

BAGAIMANA NADI MEMBANTU PERKEMBANGAN PESERTA?

  • Kolaborasi bersama pihak SMKA Sultan Azlan Shah melalui pelaksanaan program Tiny Techies seperti HTML, Python dan sesi mentoring dalam kelas-kelas inovasi telah membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk meneroka dunia pengaturcaraan dan inovasi digital.
  • Menyalurkan maklumat yang tepat dan terkini berkaitan program-program di bawah Inisiatif Perkhidmatan Pintar, khususnya melalui Program-Program NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat: Tiny Techies, sekali gus memperluas peluang serta akses pelajar terhadap dunia teknologi semasa.
  • Memberi sokongan, bimbingan dan galakan serta tenaga pengajar pakar melalui program mentoring Tiny Techies di NADI Parit membantu peserta dalam persediaan projek dan persembahan pertandingan, menjadikan mereka lebih yakin dan berdaya saing.