| TARIKH | : 22 FEBRUARI 2025, SABTU |
| MASA | : 10.00 AM – 12.00 PM |
| LOKASI | : NADI PARIT |
| PENGLIBATAN | : 22 USAHAWAN |
Kursus Latihan Pengendalian Makanan telah berjaya dilaksanakan secara bersemuka pada Sabtu, 22 Februari 2025, bertempat di NADI Parit, dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Program ini mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 22 orang peserta, menjadikannya antara sesi paling ramai penyertaan setakat ini. Kursus ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memberikan sijil sah seumur hidup kepada peserta yang hadir. Peserta diberi pendedahan lengkap mengenai kepentingan pengendalian makanan yang selamat dan menepati piawaian kesihatan. Sijil turut diserahkan pada hari yang sama bagi memudahkan urusan peserta.