| TARIKH | : 1 OKTOBER 2025 (RABU) |
| MASA | : 8.30 – 10.30 PAGI |
| LOKASI | : SK TELOK PERANG |
| PENGLIBATAN | : GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR SK TEPUS & SK TELOK PERANG |
Program Jalinan Kerjasama dan Kempen Internet Selamat bersama NADI Parit telah diadakan pada 1 Oktober 2025 (Rabu) di SK Teluk Perang dengan penglibatan murid daripada SK Teluk Perang dan SK Tepus. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi ini terisi dengan ucapan oleh Tuan Faizul dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Perak, diikuti sesi taklimat oleh Cik Hanani dan Encik Zul dari MCMC Perak yang memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab. Aktiviti interaktif turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman peserta, sekaligus memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan NADI Parit.