| TARIKH | : 8 FEBRUARI 2025, SABTU |
| MASA | : 2.30 – 4.30 PM |
| LOKASI | : NADI PARIT & LOKASI PESERTA |
| PENGLIBATAN | : 9 ORANG PESERTA (PELAJAR SEKOLAH TINGKATAN 4 & 5) |
Program Khas Webinar Berkala Matematik menyasarkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 dengan penglibatan seramai 9 orang peserta yang mengikuti secara hibrid — sebahagian hadir di NADI Parit manakala selebihnya menyertai dari rumah. Disampaikan oleh Cikgu Arzman, sesi ini menumpukan ulangkaji topik fungsi dan persamaan kuadratik dalam satu pemboleh ubah. Pelajar diberikan teknik menjawab pelbagai aras dan bentuk soalan dengan berstrategi, serta panduan praktikal yang diyakini dapat membantu mereka memperoleh kredit dalam subjek Matematik SPM.