
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Parit, Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet merupakan salah sebuah PEDi di negeri Perak yang ditubuhkan dalam fasa 6 bagi tahun 2013. PEDi adalah di bawah Bajet 2013 yang mana ia merupakan satu program di mana pihak SKMM menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di kawasan-kawasan terpilih di seluruh negara.
PEDi Parit telah beroperasi sepenuhnya pada pertengahan bulan Mei 2015. Antara tujuan utama penubuhan PEDi Parit adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat disamping mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka
