TINY TECHIES INOVASI ROBOTIK SIRI 2
| TARIKH | : 16 MEI 2026 (SABTU) |
| MASA | : 2.30 – 3.30 PM |
| LOKASI | : NADI PARIT |
| PENGLIBATAN | : 3 PESERTA |
Program Tiny Techies Inovasi Robotik Siri 2 telah dilaksanakan pada 16 Mei 2026 (Sabtu) dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di NADI Parit dengan penyertaan seramai 3 orang pelajar dan seorang guru penasihat. Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai asas inovasi dan robotik melalui aktiviti pembelajaran interaktif yang menarik dan menyeronokkan. Pihak NADI Parit merakamkan penghargaan kepada 3 orang peserta daripada PPKI Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah serta Cikgu Suhana yang telah meluangkan masa dan memberikan bimbingan sepanjang program berlangsung. Diharapkan program ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang teknologi dan robotik serta memberi pengalaman pembelajaran yang bermanfaat.
GAMBAR DISINI