mcmc
Keusahawanan

USAHAWAN NADI PARIT TERPILIH KE BOOTCAMP NEGERI PERAK

Tiga usahawan dari NADI Parit telah berjaya mara ke peringkat Bootcamp Negeri Perak bagi Program NADI × Keusahawanan Bootcamp 2025. Mereka ialah Encik Ku Nazri bin Wahab (Sambal Tok Baqq & Tuudia Laksa), Puan Norashidah binti Noor Rashid (Asam Laksa Nyor Nya E-poh) dan Puan Aniza binti Mohd Anuar (Neez PT Solution – Sabun Komersial & Natural). Ketiga-tiga usahawan ini kini selangkah lagi untuk dinobatkan sebagai Ikon Usahawan NADI 2025 dan berpeluang menerima sokongan keusahawanan bernilai RM20,000 seorang. Kejayaan mereka mencerminkan semangat tinggi usahawan tempatan dalam memperkasa perniagaan melalui platform NADI serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai peserta untuk terus maju dan berinovasi dalam bidang keusahawanan digital.