Encik Ku Nazri bin Wahab daripada QUTIE SAUJANA ENTERPRISE, usahawan produk Sambal Tok Baqq dan Tuudia Laksa, telah berjaya terpilih sebagai salah seorang daripada Top 50 Ikon Usahawan NADI × Keusahawanan 2025. Pemilihan ini dibuat semasa Program NADI × Keusahawanan Bootcamp 2025 yang berlangsung pada 14–15 Mei 2025 di 11 lokasi seluruh Semenanjung Malaysia, melibatkan seramai 476 usahawan yang membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan panel juri profesional. Kejayaan ini menjadi bukti komitmen serta semangat tinggi usahawan NADI dalam mengembangkan potensi perniagaan dan diharap dapat menjadi inspirasi kepada peserta lain untuk terus cemerlang dalam bidang keusahawanan.
