| TARIKH | : 5 FEBRUARI 2025 |
| MASA | : 3.00 – 4.00 PM |
| LOKASI | : NADI PARIT |
| PENGLIBATAN | : 4 ORANG PESERTA (PELAJAR SEKOLAH) |
Satu sesi webinar bertajuk Smart Safe: Ke Arah Penggunaan Internet dengan Beretika telah dihadiri oleh empat orang peserta dari NADI Parit pada Rabu, 5 Februari 2025. Sesi ini dijalankan secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams dan memberi fokus kepada kesedaran serta panduan menggunakan internet secara selamat dan beretika. Program ini merupakan inisiatif NADI Safe and Shield yang bertujuan membentuk budaya celik digital dalam kalangan komuniti, terutamanya berkaitan keselamatan maklumat dan etika siber.
GAMBAR DISINI